Aku & Kengkawan...:-)

Monday, January 31, 2011

Alhamdulillah....tapi, mampu ke aku lakukan nyer???

Huhhh....menghela nafas aku hari nie. Alhamdulillah, arini aku dapat satu jalan untuk merubah hidup ku. Tapi, aku tidak dapat memberi jawapan untuk diriku sendiri sama ada aku dapat melakukan nyer atau tidak. Sekarang aku hanya mampu berdoa ke hadrat Ilahi supaya aku diberikan petunjuk dalam mencari rezeki kelak. Terima kasih banyak2 kepada insan yang ingin membantu aku...:-) Apa yang aku maksudkan dalam entry kali ini, tidak dapat aku luahkan secara details lagi kerana ianya hanya perancangan hidup aku...tapi aku sangat2 berharap ianya menjadi kenyataan...:-)

Saturday, January 29, 2011

Ujung Mingguku Yang "SIBUK"

Hye2 everyone...arini dah 29th January 2011...pejam celik dah dekat sebulan kite masuk tahun baru kan?? dan ade dlm 3-4 bulan lagi aku nk abeskan degree aku. Tapi, aku rase mcm aku nie masih maen2 dgn dunia belajar aku. Kadang2 tak terpikir pun macam aku nie student tahun akhir. Yelah, mane x nyer..weekend jer busy, tapi ke mane busy aku tue??Adakah menyiapkan assigment??Menyiapkan final year project (FYP) aku?? Tepuk dada aku tanye selera aku sendiri. Aku pun heran, nape lately nie aku byk sgt buang masa.

Jumaat ak dah xde kelas, means that aku direct cuti 3 hari. Tapi aktiviti aku sgt2 mengarut. Macam hari nie, jumaat ptg, aku g melawat member aku yg patah kaki kat taman koperasi polis (Shidi) [ leh consider sbb melawat kwn kan] dan dalam mase yg same, ade jugak kawan aku tue ex-student segi kolej (Zaff) nk temankan aku g melawat Shidi. Lepas tue, aku n zaff g makan2 kat coffee box n lepak2 kat situ.

Malam pulak, aku duk sibuk kuar ngn member sekolah aku pulak (Fadz). Malam just kuar g uptown Danau Kota then g mkn2 lagi kat area sane. Esok, hari Sabtu, baru la aku amek tahu hal  FYP aku, coz esok nk g Keramat ngn partmer FYP aku (Adziim). TAPI...ptg nye nk g KLCC pulak temankan Fadz cari barang..adehhh~~~ then mlm planning nk g wayang pulak....Ahad dah pasti penat..tido jer lahh...Ahad mlm jumpe my senior pulak (Jimmy)....Then Isnin mcm bese g kelas....SO, MANE AKU NYER KEJE NK SIAPKAN FYP....uwaaaaaaa~~~~~ pjoe....tolong kurangkan kuar hangout dgn bnde2 merepek nie..plzzzzzzz......FYP ok.....

p/s: 
1) arini baru masuk hari sabtu.....sume tue adalah planning....juz wait & see....urmmm....
2) name2 yg disebutkan adalah name sebenar.....tapi gamba2 diorang tidak dpt di upload atas alasan tertentu....:-)

Saturday, January 22, 2011

Perasaan Silih Berganti

Aku tak tahu kenapa tahun 2011 nie banyak menduga aku dengan perasaan2 yang selama ini jarang untuk aku hadapi. Perasaan sangat gembira, sedih, berdebar, takut, susah hati. risau sume bercampur baur dan silih berganti.Hari ini hari ke-22 dalam tahun 2011, bagaimana harus aku tempuhi tahun ini sekiranya perasaan ini sering bersilih ganti dalam mase yang sangat singkat dan bergelumang dalam diriku.

Aku tahu, sekiranya aku sering melayani perasaan ini, ianya akan membinasakan diriku sendiri. Aku juga tahu, tahun ini adalah tahun yang bakal memberi aku seribu satu makna apa itu cabaran hidup kerana insyaAllah aku akan tamat pengajian aku dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bermula lah aku untuk mencari peluang pekerjaan yang akan menyara hidupku kelak.

Disebabkan oleh pembelajaran dan peluang pekerjaan yang bakal ku cari,aku harus nekad untuk menamatkan pengajian ku pada pertengahan tahun ini dan dalam masa yang sama, aku harus tepis semua perasaan yang sedang aku tempuhi ini kerana perasaan2 itu ade yang membuatkan aku bersifat negatif. Apa yang penting sekarang ialah, tamatkan pengajian dan mencari pekerjaan. Perasaan2 yang menggangu hidupku, hanya sekadar perhiasan untuk aku dalam jangka masa sekarang ini. Just go ahead & think positive...:-)

Thursday, January 20, 2011

Akan Ku Hidupkan Kembali Coretanku

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya meninggalkan blog ini. Saye lihat bagaikan barang usang saje blog ini pabila ditinggalkan..huhuhu...Mulai sekarang saye akan hidupkan kembali blog ini dengan coretan2 dan nukilan2 untuk kita berkongsi bersama...InsyaAllah...:-)