Aku & Kengkawan...:-)

Saturday, January 22, 2011

Perasaan Silih Berganti

Aku tak tahu kenapa tahun 2011 nie banyak menduga aku dengan perasaan2 yang selama ini jarang untuk aku hadapi. Perasaan sangat gembira, sedih, berdebar, takut, susah hati. risau sume bercampur baur dan silih berganti.Hari ini hari ke-22 dalam tahun 2011, bagaimana harus aku tempuhi tahun ini sekiranya perasaan ini sering bersilih ganti dalam mase yang sangat singkat dan bergelumang dalam diriku.

Aku tahu, sekiranya aku sering melayani perasaan ini, ianya akan membinasakan diriku sendiri. Aku juga tahu, tahun ini adalah tahun yang bakal memberi aku seribu satu makna apa itu cabaran hidup kerana insyaAllah aku akan tamat pengajian aku dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bermula lah aku untuk mencari peluang pekerjaan yang akan menyara hidupku kelak.

Disebabkan oleh pembelajaran dan peluang pekerjaan yang bakal ku cari,aku harus nekad untuk menamatkan pengajian ku pada pertengahan tahun ini dan dalam masa yang sama, aku harus tepis semua perasaan yang sedang aku tempuhi ini kerana perasaan2 itu ade yang membuatkan aku bersifat negatif. Apa yang penting sekarang ialah, tamatkan pengajian dan mencari pekerjaan. Perasaan2 yang menggangu hidupku, hanya sekadar perhiasan untuk aku dalam jangka masa sekarang ini. Just go ahead & think positive...:-)

4 comments:

  1. Semua org menghadapi perasaan yg berbeza untuk menempuh cabarn hidup...
    Perasaan itulh nnti memberi kita pengalamn...
    Pengalamn yg mengajr erti kehidupan...

    ReplyDelete
  2. troy: yeahhh...tq for the komen...walaumacamane sekali pun kite kene tempuh segala dugaan yang ade di hadapan kite untuk kite meneruskan kehidupan...:-)

    ReplyDelete
  3. sabar jer lah yer pjow.. bukan pjow sorg jer rase perasaan mcm tu... org pun samer... kiter sesamer usehe k....

    ReplyDelete
  4. anonymous: thnx yer coz komen...tp sape nie ek??kak siti ek??hehehe....same2 la kite usaha sem nie ok...chaiyok2..:-)

    ReplyDelete